Sunday, January 16, 2011

Diary seorang lelaki

Sometimes melepaskn Sesuatu yang kete sayang tak semestinye kite tak menyayangi dia. Melepaskan tak semestinye melupakan tetapi simpan ia..hahaha..ape lah aku ni.. Manis,masam,masin,pahit standard la tu dalam hidup kite. Sumua yang terjadi mesti ade sebabnye. Lumrah hidup di dunia ni. Bak aku kate dalam kamus hidup aku “duniawi sume tu”. Sesuatu yang kete nak tak semestinye berjalan seperti yang kete rancang. Ade orang menasihati aku “that day will come sooner or later it’s not our matters and when it’s come you have to face it”. So my conclusion Allah know everything. Dia yang menjadikan kite sume dan alam semesta ini dan kejadian di dunia ini mesti ade sebabnye. Hahaha..syahdunye ayat. Tapi walaubagaimane pon my target still up 26 below 30. And when the day was come I have my answer. Hope i become mature and ready when i got the answer.

jimmy neutron :).

Taylor Swift - You Belong With Me

Tuesday, January 4, 2011

Janganlah terlalu mengikut kehendak hati dalam menghadapi masalah jodoh… usahlah jodoh itu dikejar. Jodoh merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat dihindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya. Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau malah tidak berhak untuk orang sekeliling mempersoalkan. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang dengan sendirinya tanpa di undang.
Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.
Sebagai seorang hamba, hanya yang mampu aku lakukan berdoa dan terus berdoa kerana aku yakin Allah Maha Mendengar dan dekat dengan kita… ini jelas dalam firman Allah,
“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.” (Surah Al-Baqarah:186)
Perlu memupuk sikap ‘sabar’ dalam menghadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri sedangkan usia telah semakin senja… Firman Allah dalam,
“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”. (Surah AI-Baqarah:45)
kena yakin dengan Allah… ilmu Allah terlalu luas… siapalah kita untuk mempersoalkan apa yang berlaku dan yang kita tempuhi… sedangkan sudah jelas dalam Firman Allah,
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…..” (Surah Al-Baqarah:286)

Monday, January 3, 2011

Dairy seorang lelaki….

Seorang kawan yang baru di kenali tiba-tiba bercerita tentang bab perkahwinan dengan engkau. Walaupon engkau baru mengenalinye tetapi dia banyak bercerita tentang pengalaman dia sampai la dia hanya meminta senaskah al-quran sahaja untuk dirinye untuk di jadikan dia sebagai seorang isteri. Ohh..Tuhanku betapa bertuahnye sape yang memilikinye. Tidak pernah lagi mendengar dari mulut seorang wanita yang hanya meminta senaskah al-quran untuk mengambil dia untuk dijadikan sebagai seorang isteri. Alangkah baiknye jika ramai wanita itu di dunia ini. Adakah aku boleh memiliki wanita seperti ini atau wanita belandaskan wang semata-mata. Perkahwinan adalah alam yang di impikan setiap insan di dunia ini dan harap ia akan berkekalan selamanya. Perjalanan ku masih jauh untuk sampai ke tahap itu dan aku harap bersedia apabila sudah tiba masanya. Masa yang akan menuntukanya dan terima la ia dengan redo. Mudah-mudahan ade sinar yang menanti di penghujung itu nanti.amin.