Saturday, March 26, 2011

JAngan Terlalu Susah Hati....

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

J angan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

J angan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.


Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Wasalam

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)

Sunday, March 13, 2011

Kereta ditarik? Apa hak anda?


GAMBAR HIASAN SAHAJA




Pernah kah anda mengalami keadaan dimana, kereta anda ditarik? Bagi mereka yang telah berpengalaman, pasti akan merasa ngeri, ketika kumpulan penarik kereta ini mendekati anda. Sebenarnya anda semua tak perlu takut. Ada pelbagai cara, untuk anda elak dari mereka ini. Oleh itu, anda semua perlu tahu hak, dan cara anda keluar dari belenggu penarik kereta ini.

Sedia maklum bahawa, ada diantara kita ini yang "sakit" untuk beberapa bulan. Bagi mereka yang punyai tanggunggan yang ramai, pasti akan pening kepala untuk membayar belanja bulanan. Mana lebih dahulu untuk dibayar? bil telefon, atau yuran belajar anak? duit kereta atau susu anak?

Bagi mengurangkan beban, saya faham keadaan bahawa, kadang tu, poket kita kering untuk 2/3 bulan. Masa tu la, kita tangguh untuk bayar ansuran kereta. Ada beberapa keadaan yang anda perlu "alert"

1. Bank hanya akan mengambil tindakan setelah anda tidak membayar ansuran kereta selama 2 bulan 20 hari.
- Jadi, setiap 2 bulan, pastikan bayaran ansuran dibayar. Repossession Order (RO), tidak boleh dikeluarkan jika ada bayaran, dalam jangka waktu tersebut.

2. Jika anda tidak bayar?
- Ikhtiar la macamana pun untuk bayar sedikit. Paling kurang, berbincang dengan pegawai bank, dan bagitau keadaan sebenar.

3. Jika tak bayar juga?
- Ada kumpulan penarik kereta (mereka ini terdiri dari kumpulan yang "kata" nya berpegang pada prinsip "amal maaruf"). Mereka ini bergerak secara kumpulan, dan akan menjalan aktiviti "menembak" nombor kereta di sekitar pejabat, taman perumahan dan dimana sahaja, yang mereka rasa sesuai. Kumpulan ini mempunyai komputer riba untuk memeriksa nombor plat kereta anda. Jika nombor kereta anda "dispot" mereka akan call bank dan meminta RO. OK...Apakah hak anda disini?

----> PERTAMA SEKALI..MINTA KAD KUASA DARI MEREKA (KAD INI DIKELUARKAN OLEH BANK DAN PERIKSA K/P MEREKA INI).
Pastikan ianya sama dan telefon bank untuk kepastian. ..kebiasaanya, mereka ini menggunakan 1 kad kuasa untuk 50 penarik kereta...kalau tak sama, call bank dan polis dan terangkan keadaan sebenar.

----> KALAU KAD KUASA DAN KP SAMA?
--telefon kawan, dan minta dia buat bayaran di mana2 cash deposit machine SECEPAT MUNGKIN..Sebabnya? mereka ini akan menghubungi bank dan meminta bank untuk berhentikan bayaran ansuran anda.. OLEH ITU, BAYAR SECEPAT MUNGKIN JIKA PENARIK KERETA INI MENDEKATI ANDA.

-----> KALAU ANDA MEMANG TAK MAMPU BAYAR?
--bawa mereka sekali ke balai polis berdekatan, dan buat lapuran. periksa kereta anda, dan kalau boleh, ambil gambar keseluruhan kereta itu. kebiasaanya, penarik kereta ini akan menukar sebarang peralatan yang difikirkan bagus oleh mereka.

KESIMPULAN.
KALAU TERJADI KEADAAN DIATAS, JANGAN PANIK DAN KELIRU. Penarik kereta ini, tak punya hak untuk mengugut anda. Ambil langkah yang saya terang diatas, dan InsyaAllah,




Saturday, March 12, 2011

HARGA SEORANG WANITA BERGELAR ‘ ISTERI ‘




Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh....
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak....
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih...

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

Friday, March 11, 2011

5 Sikap Positif Perlu Anda Bina Di Awal Tahun 2011

5 Sikap Positif Perlu Anda Bina Di Awal Tahun 2011

1. Berhenti mengomplen.
Hentikan sikap suka mengomplen. Jangan pertikaian sesuatu. Sebab setiap kali Anda mempertikaikan, setiap kali itulah emosi negatif bangkit. Emosi negatif seperti marah, geram akan bangkit tiap kali Anda melahirkan rasa tak puas hati ketika mengomplen. Orang suka mengomplen, hidupnya tak maju-maju. JIka Anda nak maju, hentikan sikap suka ngomplen.

2. Berhenti berfikir mengenai kekurangan orang lain.
Elak untuk merasa diri Anda lebih. Elak merasa diri Anda lebih bagus, lebih pandai, lebih bijak, lebih kaya, lebih berharta atau lebih berjaya. Ini akan menjadikan Anda seorang yang ego. Bila sudah ego, Anda tak ada dorongan untuk maju. Anda akan sakit hati melihat kemajuan orang lain. Anda tak ada dorongan nak berusaha, sebab Anda sakit hati.

3. Banyak berfikir memperbaguskan diri
Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan sibuk menjaga tepi kain orang lain. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan membantu menjayakan hidup orang lain, bukan sibuk memburukkan pencapaian mereka. Dari Anda sibuk memikir hal orang, lebih baik sibuk berfikir kelemahan diri lalu berusaha memperbaikinya.

4. Hormati, kagumi, sanjungi.
Hormati sesiapa saja, kagumi pencapaian orang-orang yang Anda kenali dan yang Anda baca melalui buku, majalah atau melalui internet. Sanjungi pencapaian insan-insan hebat. Gabungan ketiga-tiga sikap ini akan membuat Anda bermotivasi. Jangan pandang orang berdasarkan jawatan,kerja,angkat, duit dan harta. Hormatilah sesiapa saja,walau siapapun dia. Ini menjadikan Anda sentiasa bermotivasi lantas menjadikan apa saja perkara Anda usahakan bepotensi untuk berjaya sebab kesenangan hati orang yang selesa bergaul dengan Anda akan menjadi doa kejayaan Anda. Kebencian orang pada Anda akan menjadi doa juga, iaitu doa untuk menjatuhkan Anda. Buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat.

5. Doakan orang lain supaya jadi berjaya.
Anda bantu orang lain berjaya, Anda juga akan berjaya. Apa yang Anda lakukan pada orang lain, itu jugalah dibalas pada Anda. Bantu orang lain untuk berjaya, pandanglah dia sebagai orang ada potensi untuk berjaya. Doakan kejayaan usahanya setiap kali Anda tidur, setiap kali Anda bangun. Anda akan perasan Anda pun jadi bersemangat sama. Energi positif yang Anda salurkan tatkala Anda mendoakan kejayaan seseorang akan membuat Anda bersemangat sentiasa.

Senaman Minda

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi

Saturday, March 5, 2011

Diari 3-4 :)

Penghuni 3-4 di diami seramai 9 orang iaitu Parang,mimi,krok,abe,nabil,chinpeng,shin chan,din tokok dan bae. Itulah penghuni tetap umah 3-4 ni. Kami sume belajar di tempat yang same dan di situ la kami sume berkenalan. Kalau bercerita tentang kuala lumpur banyak kisah aku di sane. Di sane la tempat yang memdewasa kan aku. Mengenali dunia ini. Yerla maklum lah b4 ni aku tak penah keluar dari johor tu. Kalau keluar pon pegi konvoi or melancong dengan membe2. Tapi kali ni aku belajar di sane. 3 tahun tu.huhuhu. mula2 tu mcm nk give up jgk tapi selepas di sekolah kan oleh emak ku yang tercinta semangat tu datang.cite mat Salleh tu yes man tp aku plk yes mum...hahaha..mcm2 aku ni kn. Banyak kisah suka duka aku semasa di sane. Tapi tu sume pengalaman kate orang tua kalau tak de pahit mcm mane nak dapat manisnye kan. Ronda kuala lumpur, wat trip bukan2, keje part time and wat keje mencari hantu. Bila kenang balik sume tu buat aku tersenyum. Sekarang pon aku da suka merantau nak tengok dunia ni. Nak kenal orang and nak cari tuutttt…..hehehe..(kalau jodohnye da sampai). Utara selatan sudah bares..tinggal pantai timur dengan sabah jer.hohohoho..bila tak tau tapi kalau ade rezeki memang nak pegi.




Tuesday, March 1, 2011

Panduan Pemakaian Muslimah




Sebagai panduan utk yg bergelar muslimah…

Bg para suami, nasihatilah isterimu & anak2mu agar menjadi muslimat sejati & solehah…

Mudah2an… Aminnn

















Saturday, February 26, 2011

Pemergian.....


Dia akan pergi..persoalanye adekah dia akan kembali dan ingat aku kembali atau berubah sama sekali setelah ke sana nanti..perasaan aku tak berubah same sekali...Dia kate biarlah mase menentukannye same sekali..Aku redo jikalau itu ketentuannye..Aku hanyalah insan biasa yang hanya mampu merancang..Jika rancagan itu tidak di makbul kan mungkin Allah ade rancangan lain unntuk aku..tapi perasaan aku tetap tak berubah..tetap menunggu.Harap tempoh yang di berikan dapat mematang kan aku...da dapat mengejar cite2 aku..


jimmy sengal.......

Sunday, February 13, 2011